Tuesday, December 15, 2009

OBJEKTIF JABATAN

OBJEKTIF JABATAN

  • Menjadikan Jabatan Korporat sebagai ‘Frontline’ terbaik untuk meningkatkan imej Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
  • Menjadikan Jabatan Korporat sebagai pusat sumber maklumat bagi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
  • Membantu merealisasikan pembangunan insan di kalangan warga Shah Alam ke arah melahirkan insan Rabbani & masyarakat madani

FUNGSI JABATAN

  • Mengendalikan Majlis-majlis rasmi seperti perasmian, pelancaran, sambutan & jamuan
  • Hubungan media & pemantauan akhbar utama harian
  • Mempromosi aktiviti Majlis
  • Menyelaraskan permohonan penggunaan Papan Iklan Majlis & E-Board
  • Permohonan penggambaran di Taman Tasik Shah Alam
  • Menerbitkan Buletin, Laporan Tahunan dan terbitan-terbitan rasmi Majlis
  • Permohonan penggunaan Dataran Shah Alam, Dataran Kemerdekaan dan Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam
  • Menerima kunjungan pelawat-pelawat dari dalam dan luar negara
  • Mempertingkat imej Majlis melalui pemakaian imej korporat dan menerbitkan Panduan Manual Korporat Majlis
  • Menganjurkan program pembangunan insan seperti mesra rakyat, ceramah ilmu, dan program motivasi di sekolah-sekolah
  • Urusetia kepada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
  • Menyelaraskan aktiviti Kelab Warga Emas, Persatuan Ibu Tunggal dan Anak Yatim
  • Penyewaan peralatan keraian seperti khemah, kerusi, meja dan lain-lain
  • Membangun dan menganjurkan program sukan
  • Menganjurkan Klinik Sukan
  • Menyalurkan bantuan sukan ke sekolah-sekolah dan persatuan
  • Menganjurkan program tahunan Karnival Datuk Bandar dan menganjurkan program tahunan 10km Run
  • Mengendalikan KOMBO dan Koir MBSA
  • Menganjurkan persembahan pentas di Laman Budaya setiap Ahad minggu kedua dan keempat
  • Membuat persembahan Orkestra 2 kali setahun

PIAGAM PELANGGAN
JABATAN KORPORAT

  • Menjawab surat-surat balasan penerimaan yang bukan diterima di kaunter dalam tempoh lima (5) hari berkerja di semua Jabatan/Bahagian
  • Menjawab segala pertanyaan berkaitan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) & Shah Alam melalui panggilan telefon (sambungan 250 & 373) dan kaunter dalam masa 10 minit
  • Memberi maklumbalas sewaan penggunaan peralatan keraian dalam masa tujuh (7) hari berkerja daripada tarikh penerimaan surat permohonan
  • Memproses bil-bil bayaran dalam tempoh empat belas (14) hari berkerja untuk serahan kepada Jabatan Kewangan tertakluk kepada dokumntasi yang lengkap
  • Mengedarkan keratan akhbar bertaraf ‘urgent’ dengan serta merta kepada Jabatan yang terbabit dan selama tujuh (7) hari untuk laporan mingguan
  • Mencetak dan mengedarkan kad jemputan bagi acara rasmi Majlis tujuh (7) hari sebelum acara
  • Menyiapkan diari dan kalendar Majlis sebelum 15 Disember setiap tahun

MATLAMAT
JABATAN KORPORAT

  • Mempertingkatkan imej Majlis sebagai sebuah PBT terbaik dan berkualiti melalui aktiviti/kempen
  • Pusat sumber maklumat bagi pihak Majlis kepada orang ramai
  • Menjadi penggerak aktiviti sosial

No comments:

Post a Comment