Wednesday, December 16, 2009

SENARAI TUGAS/HUBUNGAN PEGAWAI DENGAN PEGAWAI LAIN

SENARAI TUGAS DAN HUBUNGAN PEGAWAI DENGAN PEGAWAI LAIN
JAWATAN : PEMBANTU TADBIR KESETIAUSAHAAN N17


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

TUGAS PEGAWAI ATASAN - HUBUNGAN
Pengarah Jabatan Korporat

i. Melaksanakan arahan kerja oleh pengarah dari semasa ke semasa

ii. Menguruskan mesyuarat jabatan

iii. Menggantikan tempat rakan sejawat (bila diperlukan)

iv. Mengendalikan panggilan / mesej untuk pengarah

v. Menderaf dan menaip memo / surat bertaraf SEGERA dan SULIT

vi. Menguruskan fail-fail pentadbiran dan fail peribadi kakitangan jabatan

vii. Merekod surat/memo masuk

viii. Merekod cuti kakitangan

ix. Memberi arahan kerja kepada Pembantu Am Rendah dan Pemandu

x. Membuat Laporan Kehadiran kakitangan jabatan



KUASA YANG DIBERI

i. Mengendalikan perkara/maklumat sulit yang hanya boleh diketahui oleh pengarah dan
mereka yang terlibat

ii. Meluluskan sistem kerja lebih masa, sewaan rumah rehat dan sistem kenderaan

iii. Membantu pengarah mengambil nota/catatan dan seterusnya menaip seperti yang
diarahkan

iv. Menjalankan tugas sebagai pembantu khas sepenuh masa kepada pengarah dan
bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas harian yang diarahkan

v. Membincangkan perkara/isu yang telah diminit oleh pengarah kepada pegawai tertentu

vi. Memasukkan atau mengeluarkan dokumen di bilik ketua yang berkenaan dengan atau
tanpa kehadiran mereka

vii. Mengatur perjumpaan/temujanji dan jadual aktiviti pengarah

viii. Menyelaras permohonan kenderaan rasmi Majlis (Bas dan Coaster)

ix. Menapis setiap panggilan telefon dari jabatan-jabatan dalam Majlis dan orang awam
sebelum menyerahkan pemanggil kepada pengarah

x. Memberi arahan kerja kepada Pembantu Am Rendah dan Pemandu untuk arahan yang
diterima daripada Pengarah atau Pegawai




TUGAS PEGAWAI LAIN HUBUNGAN

Pegawai Atasan

  • mempastikan ketua-ketua bahagian memahami/ menerima maklumat/ arahan daripada pengarah
  • mempastikan perkara-perkara tertentu dibincangkan dengan pengarah jika memerlukan tindakan segera/seperti yang telah diminitkan

Pegawai Bawahan / Rakan Sejawat

  • mempastikan memo/surat diedarkan kepada pegawai yang diminitkan
  • mempastikan mereka maklum tentang mesyuarat/ perbincangan yang telah ditetapkan/dibatalkan
  • mempastikan pegawai bawahan/rakan sejawat memahami/menerima arahan daripada pengarah

No comments:

Post a Comment