Wednesday, December 16, 2009
SENARAI TUGAS/HUBUNGAN PEGAWAI DENGAN PEGAWAI LAIN
JAWATAN : PEMBANTU TADBIR KESETIAUSAHAAN N17
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
TUGAS PEGAWAI ATASAN - HUBUNGAN
Pengarah Jabatan Korporat
i. Melaksanakan arahan kerja oleh pengarah dari semasa ke semasa
ii. Menguruskan mesyuarat jabatan
iii. Menggantikan tempat rakan sejawat (bila diperlukan)
iv. Mengendalikan panggilan / mesej untuk pengarah
v. Menderaf dan menaip memo / surat bertaraf SEGERA dan SULIT
vi. Menguruskan fail-fail pentadbiran dan fail peribadi kakitangan jabatan
vii. Merekod surat/memo masuk
viii. Merekod cuti kakitangan
ix. Memberi arahan kerja kepada Pembantu Am Rendah dan Pemandu
x. Membuat Laporan Kehadiran kakitangan jabatan
KUASA YANG DIBERI
i. Mengendalikan perkara/maklumat sulit yang hanya boleh diketahui oleh pengarah dan
mereka yang terlibat
ii. Meluluskan sistem kerja lebih masa, sewaan rumah rehat dan sistem kenderaan
iii. Membantu pengarah mengambil nota/catatan dan seterusnya menaip seperti yang
diarahkan
iv. Menjalankan tugas sebagai pembantu khas sepenuh masa kepada pengarah dan
bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas harian yang diarahkan
v. Membincangkan perkara/isu yang telah diminit oleh pengarah kepada pegawai tertentu
vi. Memasukkan atau mengeluarkan dokumen di bilik ketua yang berkenaan dengan atau
tanpa kehadiran mereka
vii. Mengatur perjumpaan/temujanji dan jadual aktiviti pengarah
viii. Menyelaras permohonan kenderaan rasmi Majlis (Bas dan Coaster)
ix. Menapis setiap panggilan telefon dari jabatan-jabatan dalam Majlis dan orang awam
sebelum menyerahkan pemanggil kepada pengarah
x. Memberi arahan kerja kepada Pembantu Am Rendah dan Pemandu untuk arahan yang
diterima daripada Pengarah atau Pegawai
TUGAS PEGAWAI LAIN HUBUNGAN
Pegawai Atasan
- mempastikan ketua-ketua bahagian memahami/ menerima maklumat/ arahan daripada pengarah
- mempastikan perkara-perkara tertentu dibincangkan dengan pengarah jika memerlukan tindakan segera/seperti yang telah diminitkan
Pegawai Bawahan / Rakan Sejawat
- mempastikan memo/surat diedarkan kepada pegawai yang diminitkan
- mempastikan mereka maklum tentang mesyuarat/ perbincangan yang telah ditetapkan/dibatalkan
- mempastikan pegawai bawahan/rakan sejawat memahami/menerima arahan daripada pengarah
Tuesday, December 15, 2009
OBJEKTIF BAHAGIAN (PENTADBIRAN)
- Menjadikan Jabatan Korporat sebagai pusat sumber maklumat bagi Majlis Bandaraya Shah Alam
- Memastikan warga kerja yang kompeten dan komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab melalui sistem kerja yang berkualiti dan proses kerja yang sistematik
- Mewujudkan persekitaran ruang kerja yang bersih dan kondusif bagi memastikan perkhidmatan yang diberi oleh kakitangan memenuhi kepuasan pelanggan
OBJEKTIF JABATAN
OBJEKTIF JABATAN
FUNGSI JABATAN
- Mengendalikan Majlis-majlis rasmi seperti perasmian, pelancaran, sambutan & jamuan
- Hubungan media & pemantauan akhbar utama harian
- Mempromosi aktiviti Majlis
- Menyelaraskan permohonan penggunaan Papan Iklan Majlis & E-Board
- Permohonan penggambaran di Taman Tasik Shah Alam
- Menerbitkan Buletin, Laporan Tahunan dan terbitan-terbitan rasmi Majlis
- Permohonan penggunaan Dataran Shah Alam, Dataran Kemerdekaan dan Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam
- Menerima kunjungan pelawat-pelawat dari dalam dan luar negara
- Mempertingkat imej Majlis melalui pemakaian imej korporat dan menerbitkan Panduan Manual Korporat Majlis
- Menganjurkan program pembangunan insan seperti mesra rakyat, ceramah ilmu, dan program motivasi di sekolah-sekolah
- Urusetia kepada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
- Menyelaraskan aktiviti Kelab Warga Emas, Persatuan Ibu Tunggal dan Anak Yatim
- Penyewaan peralatan keraian seperti khemah, kerusi, meja dan lain-lain
- Membangun dan menganjurkan program sukan
- Menganjurkan Klinik Sukan
- Menyalurkan bantuan sukan ke sekolah-sekolah dan persatuan
- Menganjurkan program tahunan Karnival Datuk Bandar dan menganjurkan program tahunan 10km Run
- Mengendalikan KOMBO dan Koir MBSA
- Menganjurkan persembahan pentas di Laman Budaya setiap Ahad minggu kedua dan keempat
- Membuat persembahan Orkestra 2 kali setahun
PIAGAM PELANGGAN
JABATAN KORPORAT
- Menjawab surat-surat balasan penerimaan yang bukan diterima di kaunter dalam tempoh lima (5) hari berkerja di semua Jabatan/Bahagian
- Menjawab segala pertanyaan berkaitan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) & Shah Alam melalui panggilan telefon (sambungan 250 & 373) dan kaunter dalam masa 10 minit
- Memberi maklumbalas sewaan penggunaan peralatan keraian dalam masa tujuh (7) hari berkerja daripada tarikh penerimaan surat permohonan
- Memproses bil-bil bayaran dalam tempoh empat belas (14) hari berkerja untuk serahan kepada Jabatan Kewangan tertakluk kepada dokumntasi yang lengkap
- Mengedarkan keratan akhbar bertaraf ‘urgent’ dengan serta merta kepada Jabatan yang terbabit dan selama tujuh (7) hari untuk laporan mingguan
- Mencetak dan mengedarkan kad jemputan bagi acara rasmi Majlis tujuh (7) hari sebelum acara
- Menyiapkan diari dan kalendar Majlis sebelum 15 Disember setiap tahun
MATLAMAT
JABATAN KORPORAT
- Mempertingkatkan imej Majlis sebagai sebuah PBT terbaik dan berkualiti melalui aktiviti/kempen
- Pusat sumber maklumat bagi pihak Majlis kepada orang ramai
- Menjadi penggerak aktiviti sosial
FAIL MEJA PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)
Fail Meja mengandungi maklumat-maklumat Jabatan, tugasan harian, peraturan yang digunakan, proses kerja dan carta alir bagi setiap tugas kita dan senarai tugasan harian kita. Untuk maklumat lanjut sila klik maklumat yang diperlukan di sebelah kanan anda.
ISI KANDUNGAN
1. OBJEKTIF JABATAN/BAHAGIAN
2. OBJEKTIF BAHAGIAN/UNIT
3. CARTA ORGANISASI JABATAN/PEJABAT
4. CARTA ORGANISASI KEDUDUKAN PEGAWAI
5. SENARAI TUGAS/KUASA DAN HUBUNGAN
6. PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN
7. PROSES KERJA
8. CARTA ALIRAN KERJA
9. SENARAI SEMAK/CHECKLIST
10. SENARAI UNDANG-UNDANG /PERATURAN
11. SENARAI JAWATANKUASA YANG DIANGGOTAI
12. SENARAI BORANG-BORANG YANG DIGUNAKAN
13. NORMA KERJA
14. SENARAI TUGAS HARIAN
Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Datuk Bandar
Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Datuk Bandar
- 14 Disember 2009 (Isnin)
- 7.30 pagi
- Dewan Auditorium, MBSA
Majlis Perhimpunan kali ni di hostkan oleh Jab. Pelesenan, Penjaja & Penguatkuasaan. Selepas bacaan ikrar ada taklimat ringkas dari Tn. Hj. Rosli mengenai jabatan beliau.. seterusnya amanat Datuk Bandar pula dibacakan oleh Timbalan sbb Dato' x dpt hadir atas sbb kurang sihat.. diteruskn lg dgn amanat dari Ahli Majlis, En. Kamarudzaman Sanusi.. Last skali ada tayangan video allahyarhamah kak Norahieda. Ramai yg menitiskan air mata (touching gle slide show tu) sbb kita kenal dia sbg seorang yg cukup berani memperjuangkan hak kakitangan kerajaan (kita la tu)... herrmm..